Everyday Tee – Repair Dept.

Price range: RM35.00 through RM45.00

Repair Dept adalah sebuah ‘Brotherhood’ bagi pemilik pemutar skru, spudger, dan jiwa-jiwa kental yang enggan melihat skrin retak tersadai di dalam laci. Ini adalah tempat di mana kaca yang pecah bertemu dengan tangan yang tenang, dan ucapan “Saya baiki sendiri” adalah pujian yang paling tinggi.

*Sila rujuk carta saiz ini.

SKU: 200-1 Category:

Description

APA ITU REPAIR DEPT. COMMUNITY?

Ia adalah sebuah ‘Brotherhood’ bagi pemilik pemutar skru, spudger, dan jiwa-jiwa kental yang enggan melihat skrin retak tersadai di dalam laci. Ini adalah tempat di mana kaca yang pecah bertemu dengan tangan yang tenang, dan ucapan “Saya baiki sendiri” adalah pujian yang paling tinggi.

Menjadi sebahagian daripada komuniti ini bermakna anda faham apa rasanya:

Satu flex cable yang bengkok secara tak sengaja.

Satu victory dance bila peranti kembali menyala.

Dan yang paling penting tiada kecaman untuk satu skru yang tiba-tiba hilang selepas pemasangan.

KENAPA ANDA PERLU MILIKI EDISI INI?

1. Simbol Persaudaraan Master
Baju ini direka untuk anda yang bangga dengan kerjaya sebagai teknisi. Ia bukan sekadar pakaian, ia adalah tanda keahlian anda dalam sebuah komuniti yang memahami jerit perih dunia pemulihan peranti.

2. Kualiti & Keselesaan Maksimum
Material baju ini dipilih khas untuk memberikan keselesaan ketika anda sedang fokus di bawah mikroskop, namun cukup ‘sharp’ untuk dipakai bertemu rakan-rakan teknisi yang lain atau pelanggan.

3. Koleksi Eksklusif (No Reproduce)
Kami mengekalkan prinsip yang sama. Baju ini dihasilkan dalam kuantiti terhad dan TIDAK AKAN dicetak semula. Ia adalah piala bagi mereka yang hadir dan menyokong komuniti ini dari awal.

NOTA PENTING:
Eksklusif Event Sahaja: Baju ini hanya dijual bersempena event PRF 2.0.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 55 × 49 × 19 cm
Shirt Size

10XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL, 6XL, 7XL, 8XL, 9XL, L, M, S, XL